 |
| sejak 10 Oktober 2008 |
| |
|
! Lokasi Pedalaman/Luar bandar/Pinggir bandar/Bandar
! % Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah
! Tiada Operator Tadika Lain
! Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun satu bagi tahun berikutnya (>15)
! Kemudahan Ubah Suai Bilik Darjah/Tapak
! Permintaan Masyarakat Setempat | |
|
| |
| Sila berjumpa dengan Guru Pra Sekolah Cikgu Rosmawati atau Cikgu Norelliana untuk mendapatkan borang kemasukan Pra Sekolah 2009. Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Waktu urusan dari jam 8.00 - 12.00 tengahari di kelas Pra Sekolah. Jangan berlengah lagi. |
| Pra Sekolah SK. Bota Kanan mula beroperasi pada tahun 2004. Di awal pembukaannya, pra sekolah hanya mempuai satu kelas sahaja. Kelas pra sekolah ini adalah hasil daripada ubah suai bangunan sedia ada. Pada tahun 2006, sebuah kelas pra sekolah lagi dibuka kerana menampung murid yang semakin bertambah. Kini pra sekolah di SK. Bota Kanan mempunyai 2 buah kelas Pra Sekolah yang diberi nama Pra Gemilang dan Pra Cemerlang. |
 |
Assalamualaikum wbh
Terima kasih kerana berkunjung ke portal Pra SK. Bota Kanan ini. Semoga anda terus melayari portal dari masa ke semasa. Info akan sentiasa dikemas kini. Saya juga mengharapkan agar pengunjung dan guru-guru pra sekolah khasnya, mengisi buku tamu dan seterusnya kita dapat berkongsi maklumat dan pengalaman masing-masing. Anda juga digalakkan mendaftar sebagai ahli portal untuk kemudahan download dan akses tanpa had. Happy exploring this site.
|
|
|
Rombongan Ke Kuala Lumpur

>> Baca seterusnya
| Jamuan makan di KFC Ayer Tawar

>> Baca seterusnya
|
| RASIONAL PENDIDIKAN PRA SEKOLAH |
|
Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara. Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat pendidikan di peringkat prasekolah. Kegagalan menyediakan peluang pendidikan dan memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan menjejaskan masa depan negara.
|
>> Baca seterusnya
| Salam sejahtera,
Melihat pada makhluk Tuhan yang lain seperti ayam, kucing, ikan, lembu, mahupun serangga kecil seperti semut dan nyamuk adalah suatu pengalaman yang menakjubkan. Tidak seperti anak-anak manusia, anak haiwan-haiwan tersebut begitu mudah berdikari; belajar sendiri, mencari makan sendiri, hatta menjaga keselamatan diri sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Kebanyakan spesis haiwan membiarkan anak-anak mereka sendirian sebaik dilahirkan. Malah terdapat spesis haiwan yang tidak pernah langsung melihat rupa anak-anak mereka. Penyu yang kelihatan 'pendiam' dan 'baik' pun meninggalkan telur-telurnya di dalam pasir dan terus pergi jauh dari situ tanpa peduli apa akan terjadi pada telur-telur yang akan menetaskan zuriatnya.
Seperkara lagi yang dapat kita lihat, anak-anak haiwan dapat belajar dengan cepat dan tidak memerlukan pendidikan formal. Mengapa begitu? Sebenarnya, majoriti haiwan mempunyai jangka hayat yang pendek dan ruang litup kehidupan yang ringkas. Hal ini bertentangan dengan manusia yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan kompleks. Keinginan dan keperluan manusia tidak terbatas dan sentiasa berubah-ubah. Justeru manusia perlu mengetahui lebih banyak perkara berbanding haiwan sebagai persediaan dan persiapan peribadi untuk kesinambungan hidup.
Syukur pada Tuhan kerana kita dicipta sebagai manusia. Justeru mendidik anak-anak adalah satu usaha berterusan yang menjadi tanggung jawab kita sejak anak itu lahir, sehinggalah kita atau mereka meninggal dunia. Anak-anak adalah permata kecil yang yang mempunyai potensi unik dan indah untuk digilap dan dikembangkan. Allah telah berfirman:
"Menuntut ilmu itu wajib (fardhu) atas setiap orang islam samada lelaki mahupun perempuan."
Apabila menuntut ilmu itu wajib, maka meninggalkan usaha menuntut ilmu sudah tentulah berdosa. Jika begitu, bagaimana halnya kanak-kanak yang belum cukup umur dan disifatkan tidak berdosa? Jawabnya, ibu bapalah yang akan menanggung dosa sekiranya kanak-kanak tidak mendapat ilmu yang secukupnya.
Saidina Ali menambah, "didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya."
Salam perpaduan
Azman
Marhani |
>> Baca seterusnya
| Hubungi saya jika anda berminat untuk melanggan MyPortal. Ketahuilah cara mudah membina laman web/portal dengan hanya RM50 setahun. Anda boleh mengurus sendiri laman web anda. |
 |
>> Baca seterusnya
| |
|
| |
| |
|
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 5 dan 5+ tahun
3. Setiap kelas 25 orang murid
4. Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga | |
|
|